Tuesday, March 12, 2013

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI...

Bismillahirrahmanirrahim..subhanallah Maha Suci Allah yang menciptakan langit dan bumi serta seluruh alamnya seperti terkandung dalam firmanNya :-

Katakanlah: “Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi.” Katakanlah: “Kepunyaan Allah.”  (Al-An’am, 6:12)

Alhamdulillah..marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan..Okey,hari ini ana ingin berkongsi serba sedikit tentang buku yang ana dah baca iaitu ' MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI' tulisan Fathuri Salehuddin.. Buku ini sangat membuka minda kita tentang rezeki dan menarik minat ana dan alhamdulillah kerana keterujaan ana dengan isi kandungan ini, maka ana telah menggunakan voucher buku untuk membelinya dan memberikan kpd abg sempena birthday dia.. (^_^)..semoga buku tersebut turut memberi manfaat kpd dia..

APA YANG MENARIKNYA ???

Setelah membacanya, ana dapat simpulkan bahawa PERCAYA DAN YAKINLAH BAHWA REZEKI ADALAH MILIK ALLAH..seperti yang terkandung dalam firman Allah dalam surah At-Thalaq ayat 2-3 yang juga dikenali sebagai AYAT SERIBU DINAR yang bermaksud :-

Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Wahai sekalian manusia,adakah kita masih ragu-ragu dengan janji Allah..sekiranya masih ada keraguan di dalam hati kita, maka perkara pertama adalah kita check balik hati dan iman kita..adakah kita mempunyai masalah dengan hubungan dengan Allah.. jika kita hayati ayat ini,maka ia mempnyai maksud yang sangat mendalam iaitu konsep BERTAWAKAL KEPADA ALLAH.. 

Pernahkah kita mendengar kisah seekor semut denagn nabi Sulaiman?? Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: 
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: 
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Nah,bagaimana seekor semut yang terbatas kudratnya begitu yakin dengan Allah sedangkan kita manusia adalah sebaik-baik kejadia masih ragu dengan ketentuan Allah..Kita juga janganlah menyempitkan pemikiran dengan mengatakan bahawa rezeki itu hanyalah duit dan material semata-mata kerana hakikatnya rezeki sangat luas konsepnya..udara yang kita hidu,kebahagiaan yang kita dapat hari ini dan sebagainya juga adalah rezeki untuk kita.. dan tahukah anda bahawa menjemput rezeki adalah lebih mudah berbanding mencari rezeki??kalo ingin tahu jawapannya,jom baca buku ini.. di sini ana akan berikan isi kandungan yang terkandung dlm buku ini :-
Bahagian 1 : Apa Itu Rezeki?
  • Bab 1 : Rezeki Bukan Sekadar Nampak Di Mata
  • Bab 2 : Udara, Air dan Gunung Adalah Rezeki
  • Bab 3 : Ilmu Adalah Rezeki
  • Bab 4 : Kaitan Antara Usaha dan Rezeki
  • Bab 5 : Harta & Rezeki
  • Bab 6 : Allah sentiasa Membantu
  • Bab 7 : Hubungan Rezeki dan Iman
  • Bab 8 : Rezeki, Apakah Bertambah atau Tidak…?
  • Bab 9 : Tangkal, Kayu dan Batu Azimat Menambah Rezeki..?
  • Bab 10 : Kunci Rezeki
Bahagian 2 : Menjemput Rezeki
  • Bab 11 : Menjemput VS Mencari
  • Bab 12 : Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat
  • Bab 13 : Menjemput Rezeki Dengan Solat Tahajud
  • Bab 14 : Menjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha
  • Bab 15 : Menjemput Rezeki Dengan Zikir
  • Bab 16 : Menjemput Rezeki Dengan Doa
  • Bab 17 : Menjemput Rezeki Dengan Mendoakan Orang Lain
  • Bab 18 : Menjemput Rezeki Dengan Sedekah
  • Bab 19 : Menjemput Rezeki Dengan Membaca Al-Quran
  • Bab 20 : Menjemput Rezeki Dengan Asma' ul-Husna
  • Bab 21 : Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur
  • Bab 22 : Menjemput Rezeki Dengan Tekun Berusaha
Bahagian 3 : Cerita Menjemput Rezeki
  • Bab 23 : Dibalas dalam 24 Jam!!
  • Bab 24 : Ikhlas RM50, dibalas RM10,000
  • Bab 25 : "Tolonglah Anak Saya, Ustaz"
  • Bab 26 : Memberi Tanpa Syarat
  • Bab 27 : Binatang Tidak Mampu Membalasnya
  • Bab 28 : Daripada Hina Jadi Mulia
  • Bab 29 : Berkat Belajar Al-Quran
  • Bab 30 : Bos Hanyalah Posmen
  • Bab 31 : Ikhtiar Rohani dengan Surah Yassin
  • Bab 32 : Sebuah Keajaiban
  • Bab 33 : Sedekah Si Penarik Beca
  • Bab 34 : Sedekah sebagai Ubat
Bahagian 4 : Apa Perlu Saya Buat Sekarang ?
  • Bab 35 : Ciptalah Impian Hari Ini
  • Bab 36 : Bagaimana Membina Impian yang Seimbang..?
  • Bab 37 : Ibu, Ibu Apa Khabar..?
  • Bab 38 : Inilah Impian Kita
  • Bab 39 : Strategi Ghaib
  • Bab 40 : Bertaubatlah!!

jom,,,dapatkan buku ini sekarang. ;)





3 comments:

  1. Assalamualaikum Najihah, terima kasih kerana berkongsi buku ini dengan kami. InsyaAllah kami akan cari nanti.

    Alhamdulillah satu perkongsian yang amat baik. Semoga Allah SWT memberkati anda sentiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm..terima kasih kak elin n abg mirul for your guidance.. ;)

      Delete
  2. Salam Najihah, apa khabar? Was really looking forward to read more from your sharing. Lama tak share ni :). Hopefully you can make the time to share on your blog. tq

    ReplyDelete