Monday, March 11, 2013

Biar Bidadari Mencemburui Dirimu ~

Bismillah...alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi dgn segala nikmat yang diberikan kepada kita.. Hari ni insyaAllah saya ingin share buku yang sudah habis saya baca iaitu :- BIAR BIDADARI MENCEMBURUI DIRIMU karya Salim A.Fillah.. buku ini ana pinjam dari seorang kawan apabila bertandang ke rumahnya. Tatkala melihat tajuk ini, terus tertarik dan seterusnya bertindak untuk meminjamnya..so sweet penulisan Saim A. Fillah.

Alhamdulilla,buku ini sangat bermanfaat terutama kepada muslimah yang ingin menjadi wanita solehah dan mendambakan syurga Allah..

Buku berjudul 'Biar Bidadari Mencemburui Dirimu' ini dinukilkan untuk meniupkan obor keimanan dalam jiwa wanita muslimah yang solehah agar terus menjadi perindu syurga. Buku ini tidak ditulis dengan dalil naqli yang terlalu padat mahupun suruhan tanpa kompromi, bahkan jauh sekali!

Ia diawali dengan pembicaraan tentang hakikat wanita dari sudut Islam serta sumbangan-sumbangan sosial wanita yang dipandang tinggi dari kaca mata Islam. Setelah itu, penulis berbicara tentang bidadari pula, makhluk Allah yang menghuni syurga, menanti lelaki-lelaki mu'min yang telah membuktikan kecintaannya kepada Allah dan rasul. Akhlaknya mulia, pandangannya tertunduk dari lelaki yang bukan suaminya, suci lagi disucikan.

Seterusnya, penulis kembali membawa pembaca ke alam nyata, meninggalkan alam ghaib cukup sekadar yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadith Rasulullah S.A.W dengan hakikat kewajipan wanita dunia yang bukan mudah seperti yang dilihat. Setimpal dengan kewajipan yang ada, ganjaran yang dijanjikan tiada tolok bandingnya.

Akhirnya penulis mengajak wanita muslimah memanfaatkan kelebihan yang dikurniakan Allah kepada mereka untuk pembangunan umat Islam. Penulis turut mencatatkan beberapa peristiwa bagaimana Rasulullah S.A.W, para sahabat dan ulama' salaf menyikapi wanita dengan akhlak islami. Sungguh wanita muslimah diumpamakan seperti mutiara dalam cengkerangnya; jika diambil cantik menjadi perhiasan, jika dibiarkan akan memperelok air yang melewatinya.


jangan ketinggalan utk membacanya ;)

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya,

“Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”

Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)
Reply


No comments:

Post a Comment