Sunday, March 10, 2013

KNOWS YOUR HEROES (1)



Alhamdulillah..segala puji bagi Allah kerana diberi peluang dan ruang untuk menimba ilmu dan seterusnya mejadi hamba dan khalifah Allah..hari ini ana nak share tentang program yang diadakan julung-julung kalinya di Universiti Malaya iaitu HEROES GIANTS OF HUMANITY. Program ini diadakan sebanyak 5 siri yang dianjurkan oleh International student UM dgn kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)..alhamdulillah talk ini sangat memberi manfaat dan input kpd orang yang mendengarnya..

Untuk talk pertama adalah berkaitan dgn nabi Adam yang disampaikan oleh Syeikh Daud. Antara pengisian yang ana dapat ialah kita hendaklah memberikan yang terbaik kepada Allah cthnya dalam pengajaran cerita Habil dan Qabil.Kisahnya telah pun dikisahkan oleh Imam Ibnu Katsir, iaitu al-Hafidh Quran yang terkenal dan penulis kitab Tafsir Ibnu Katsir.

27. Ceritakanlah kepada mereka kisah dua orang putera Adam(Habil dan Qabil) yang telah berlaku dengan sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima daripada salah seorang dari mereka berdua(Habil) dan tidak diterima daripada yang lain(Qabil). Dia(Qabil) berkata : “Aku pasti membunuhmu!” Habil berkata : “Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa” 28. Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam. 29. Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan(membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan jadi penghuni neraka; dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang yang zalim.  30. Maka hawa nafsu Qabil telah menjadikannya tergamak untuk membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnya, maka jadilah dia termasuk orang yang rugi.31. Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali di bumi untuk menunjukkan kepadanya(Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Qabil berkata : “Aduh celaka aku! Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak ini, lalu dapat menguburkan mayat saudaraku ini?” Maka jadilah dia termasuk orang yang menyesal.  [al-Ma'idah : 27 - 31]

khusyuk mendengar!! seramai 500 lebih hadirin yang hadir pada malam ini.

Dalam kisah ini juga kita boleh lihat bahwa setelah kita melakukan dosa maka hendaklah bersegera bertaubat memohon keampunan kepada Allah s.w.t.. Ayuh, kita muhasabah diri dan sentiasa memohon keampunan Allah.

No comments:

Post a Comment