Tuesday, March 12, 2013

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI...

Bismillahirrahmanirrahim..subhanallah Maha Suci Allah yang menciptakan langit dan bumi serta seluruh alamnya seperti terkandung dalam firmanNya :-

Katakanlah: “Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi.” Katakanlah: “Kepunyaan Allah.”  (Al-An’am, 6:12)

Alhamdulillah..marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan..Okey,hari ini ana ingin berkongsi serba sedikit tentang buku yang ana dah baca iaitu ' MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI' tulisan Fathuri Salehuddin.. Buku ini sangat membuka minda kita tentang rezeki dan menarik minat ana dan alhamdulillah kerana keterujaan ana dengan isi kandungan ini, maka ana telah menggunakan voucher buku untuk membelinya dan memberikan kpd abg sempena birthday dia.. (^_^)..semoga buku tersebut turut memberi manfaat kpd dia..

APA YANG MENARIKNYA ???

Setelah membacanya, ana dapat simpulkan bahawa PERCAYA DAN YAKINLAH BAHWA REZEKI ADALAH MILIK ALLAH..seperti yang terkandung dalam firman Allah dalam surah At-Thalaq ayat 2-3 yang juga dikenali sebagai AYAT SERIBU DINAR yang bermaksud :-

Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Wahai sekalian manusia,adakah kita masih ragu-ragu dengan janji Allah..sekiranya masih ada keraguan di dalam hati kita, maka perkara pertama adalah kita check balik hati dan iman kita..adakah kita mempunyai masalah dengan hubungan dengan Allah.. jika kita hayati ayat ini,maka ia mempnyai maksud yang sangat mendalam iaitu konsep BERTAWAKAL KEPADA ALLAH.. 

Pernahkah kita mendengar kisah seekor semut denagn nabi Sulaiman?? Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: 
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: 
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Nah,bagaimana seekor semut yang terbatas kudratnya begitu yakin dengan Allah sedangkan kita manusia adalah sebaik-baik kejadia masih ragu dengan ketentuan Allah..Kita juga janganlah menyempitkan pemikiran dengan mengatakan bahawa rezeki itu hanyalah duit dan material semata-mata kerana hakikatnya rezeki sangat luas konsepnya..udara yang kita hidu,kebahagiaan yang kita dapat hari ini dan sebagainya juga adalah rezeki untuk kita.. dan tahukah anda bahawa menjemput rezeki adalah lebih mudah berbanding mencari rezeki??kalo ingin tahu jawapannya,jom baca buku ini.. di sini ana akan berikan isi kandungan yang terkandung dlm buku ini :-
Bahagian 1 : Apa Itu Rezeki?
  • Bab 1 : Rezeki Bukan Sekadar Nampak Di Mata
  • Bab 2 : Udara, Air dan Gunung Adalah Rezeki
  • Bab 3 : Ilmu Adalah Rezeki
  • Bab 4 : Kaitan Antara Usaha dan Rezeki
  • Bab 5 : Harta & Rezeki
  • Bab 6 : Allah sentiasa Membantu
  • Bab 7 : Hubungan Rezeki dan Iman
  • Bab 8 : Rezeki, Apakah Bertambah atau Tidak…?
  • Bab 9 : Tangkal, Kayu dan Batu Azimat Menambah Rezeki..?
  • Bab 10 : Kunci Rezeki
Bahagian 2 : Menjemput Rezeki
  • Bab 11 : Menjemput VS Mencari
  • Bab 12 : Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat
  • Bab 13 : Menjemput Rezeki Dengan Solat Tahajud
  • Bab 14 : Menjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha
  • Bab 15 : Menjemput Rezeki Dengan Zikir
  • Bab 16 : Menjemput Rezeki Dengan Doa
  • Bab 17 : Menjemput Rezeki Dengan Mendoakan Orang Lain
  • Bab 18 : Menjemput Rezeki Dengan Sedekah
  • Bab 19 : Menjemput Rezeki Dengan Membaca Al-Quran
  • Bab 20 : Menjemput Rezeki Dengan Asma' ul-Husna
  • Bab 21 : Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur
  • Bab 22 : Menjemput Rezeki Dengan Tekun Berusaha
Bahagian 3 : Cerita Menjemput Rezeki
  • Bab 23 : Dibalas dalam 24 Jam!!
  • Bab 24 : Ikhlas RM50, dibalas RM10,000
  • Bab 25 : "Tolonglah Anak Saya, Ustaz"
  • Bab 26 : Memberi Tanpa Syarat
  • Bab 27 : Binatang Tidak Mampu Membalasnya
  • Bab 28 : Daripada Hina Jadi Mulia
  • Bab 29 : Berkat Belajar Al-Quran
  • Bab 30 : Bos Hanyalah Posmen
  • Bab 31 : Ikhtiar Rohani dengan Surah Yassin
  • Bab 32 : Sebuah Keajaiban
  • Bab 33 : Sedekah Si Penarik Beca
  • Bab 34 : Sedekah sebagai Ubat
Bahagian 4 : Apa Perlu Saya Buat Sekarang ?
  • Bab 35 : Ciptalah Impian Hari Ini
  • Bab 36 : Bagaimana Membina Impian yang Seimbang..?
  • Bab 37 : Ibu, Ibu Apa Khabar..?
  • Bab 38 : Inilah Impian Kita
  • Bab 39 : Strategi Ghaib
  • Bab 40 : Bertaubatlah!!

jom,,,dapatkan buku ini sekarang. ;)





Monday, March 11, 2013

Biar Bidadari Mencemburui Dirimu ~

Bismillah...alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi dgn segala nikmat yang diberikan kepada kita.. Hari ni insyaAllah saya ingin share buku yang sudah habis saya baca iaitu :- BIAR BIDADARI MENCEMBURUI DIRIMU karya Salim A.Fillah.. buku ini ana pinjam dari seorang kawan apabila bertandang ke rumahnya. Tatkala melihat tajuk ini, terus tertarik dan seterusnya bertindak untuk meminjamnya..so sweet penulisan Saim A. Fillah.

Alhamdulilla,buku ini sangat bermanfaat terutama kepada muslimah yang ingin menjadi wanita solehah dan mendambakan syurga Allah..

Buku berjudul 'Biar Bidadari Mencemburui Dirimu' ini dinukilkan untuk meniupkan obor keimanan dalam jiwa wanita muslimah yang solehah agar terus menjadi perindu syurga. Buku ini tidak ditulis dengan dalil naqli yang terlalu padat mahupun suruhan tanpa kompromi, bahkan jauh sekali!

Ia diawali dengan pembicaraan tentang hakikat wanita dari sudut Islam serta sumbangan-sumbangan sosial wanita yang dipandang tinggi dari kaca mata Islam. Setelah itu, penulis berbicara tentang bidadari pula, makhluk Allah yang menghuni syurga, menanti lelaki-lelaki mu'min yang telah membuktikan kecintaannya kepada Allah dan rasul. Akhlaknya mulia, pandangannya tertunduk dari lelaki yang bukan suaminya, suci lagi disucikan.

Seterusnya, penulis kembali membawa pembaca ke alam nyata, meninggalkan alam ghaib cukup sekadar yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadith Rasulullah S.A.W dengan hakikat kewajipan wanita dunia yang bukan mudah seperti yang dilihat. Setimpal dengan kewajipan yang ada, ganjaran yang dijanjikan tiada tolok bandingnya.

Akhirnya penulis mengajak wanita muslimah memanfaatkan kelebihan yang dikurniakan Allah kepada mereka untuk pembangunan umat Islam. Penulis turut mencatatkan beberapa peristiwa bagaimana Rasulullah S.A.W, para sahabat dan ulama' salaf menyikapi wanita dengan akhlak islami. Sungguh wanita muslimah diumpamakan seperti mutiara dalam cengkerangnya; jika diambil cantik menjadi perhiasan, jika dibiarkan akan memperelok air yang melewatinya.


jangan ketinggalan utk membacanya ;)

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya,

“Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”

Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)
Reply


WASPADA TERHADAP KISAH-KISAH TAK NYATA

HADITS TSA'LABAH BIN HATHIB

"Artinya : Celaka engkau wahai Tsa'labah ! Sedikit engkau syukuri itu lebih baik dari harta banyak yang engkau tidak sanggup mensyukurinya. Apakah engkau
tidak suka menjadi seperti Nabi Allah ? Demi yang diriku di tangan-Nya, seandainya aku mau gunung mengalirkan perak dan emas, niscaya akan mengalir untukku".
Hadits ini diriwayatkan oleh Al-Bawardy, Al-Baghawy, Ibnu Qani', Ibnu Sakan, Ibnu Syahiin, Thabrany, Dailamy dan Al-Wahidi dalam Asbabun Nuzul (hal. 191-192). Semua meriwayatkan dari jalan Mu'aan bin Rifa'ah As-Salamy dari Ali bin Yazid dari Al-Qasim bin Abdur Rahman dari Abu Umamah Al-Baahiliy, ia berkata :


"Bahwasanya Tsa'labah bin Hathib Al-Anshary datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam lalu ia berkata : 'Ya Rasulullah, berdo'alah kepada Allah
agar aku dikaruniai harta'. Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "(Ia menyebutkan lafadz hadits di atas)".
Kemudian ia berkata, demi Dzat yang mengutusmu dengan benar, seandainya engkau memohonkan kepada Allah agar aku dikaruniai harta (yang banyak) sungguh aku akan memberikan haknya (zakat/sedekah) kepada yang berhak menerimanya. Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berdo'a : 'Ya Allah, karuniakanlah harta kepada Tsa'labah'.

Kemudian ia mendapatkan seekor kambing. Lalu kambing itu tumbuh beranak sebagaimana tumbuhnya ulat. Kota Madinah terasa sempit baginya. Sesudah itu, ia menjauh dari Madinah dan tinggal di satu lembah (desa). Karena kesibukannya, ia hanya berjama'ah pada shalat Dhuhur dan Ashar saja, dan tidak pada shalat-shalat lainnya. Kemudian kambing itu semakin banyak, maka mulailah ia meninggalkan shalat berjama'ah sampai shalat Jum'ah pun ia tinggalkan.

Suatu ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bertanya kepada para shahabat : "Apa yang dilakukan Tsa'labah ?" Mereka menjawab : "Ia mendapatkan seekor kambing, lalu kambingnya bertambah banyak sehingga kota Madinah terasa sempit baginya ...." Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam mengutus dua orang untuk mengambil zakatnya seraya berkata :
"Pergilah kalian ke tempat Tsa'labah dan tempat fulan dari Bani Sulaiman, ambillah zakat mereka berdua".
Lalu keduanya pergi mendatangi Tsa'labah untuk meminta zakatnya. Sesampainya di sana dibacakan surat dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Serta merta Tsa'labah berkata : "Apakah yang kalian minta dari saya ini pajak atau sebangsa pajak ? Aku tidak tahu apa yang sebenarnya yang kalian minta ini !.

Lalu keduanya pulang dan menghadap Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Tatkala beliau melihat keduanya (pulang tidak membawa hasil), sebelum berbicara, beliau bersabda : "Celaka engkau, wahai Tsa'labah !
Lalu turun ayat :

"Artinya : Dan diantara mereka ada yang telah berikrar kepada Allah : 'Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian karunia-Nya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang shalih. Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari karunia-Nya, mereka kikir dengan karunia itu dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran)". (At-Taubah : 75-76).


Setelah ayat ini turun, Tsa'labah datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, ia mohon agar diterima zakatnya. Beliau langsung menjawab : "Allah telah melarangku menerima zakatmu". Sampai Rasul shallallahu 'alaihi wa sallam wafat, beliau tidak mau menerima sedikitpun dari zakatnya. Dan Abu Bakar, Umar, serta
Usman-pun tidak mau menerima zakatnya di masa khilafah mereka.


KETERANGAN :

Hadits ini sangat Lemah Sekali.

Dalam sanad hadits ini ada dua rawi yang lemah :

Ali bin Yazid, Abu Abdil Malik, seorang rawi yang sangat lemah.

Imam Al-Bukhari dalam kitabnya berkata : "Ali bin Yazid, Abu Abdil Malik Al-Alhany Ad-Dimasyqy adalah rawi munkarul hadits". (Lihat : Adh Dhu'afaa'us Shaghiir No. 255).

Imam Nasa'i berkata : "Ia meriwayatkan dari Qasim (bin Abdur Rahman), ia matrukul hadits". (Lihat : Adh-Dhua'faa wal Matrukiin No. 455).

Imam Daruquthny berkata : "Ia seorang matruk (yang ditinggalkan)".

Imam Abu Zur'ah berkata : "Ia bukan orang yang kuat".
(Periksa : Mizanul I'tidal 3:161, Taqribut Tahdzib 2:46, Al-Jarhu wat Ta'dil 6:208, Lisanul Mizan 7 :314).

Mu'aan bin Rifaa'ah As-Salamy, seorang rawi yang lemah.

Ibnu Hajar berkata : "Ia rawi lemah dan sering memursalkan hadits". (Periksa : Taqribut Tahdzib:258).

Kata Imam Adz-Dzahabi : "Ia tidak kuat haditsnya". (Periksa Mizanul I'tidal 4:134).

Para Ulama yang melemahkan hadits-hadits ini diantaranya ialah :
Ibnu Hazm, ia berkata : "Riwayat ini Bathil". (Al-Muhalla 11:207-208).
Al-Iraqy berkata : "Riwayat ini Dha'if". (Lihat Takhrij Ahadist Ihya Ulumudin 3:272)
Ibnu Hajar Al-Asqalany berkata : "Riwayat tersebut Dha'if dan tidak boleh dijadikan hujjah". (Lihat : Fathul Bari 3 :266).
Ibnu Hamzah menukil perkataan Baihaqi : "Dha'if". (Lihat Al-Bayan wat Ta'rif 3:66-67).
Al-Manawi berkata : "Dha'if" (Lihat : Faidhul Qadir4:527).


RIWAYAT YANG BENAR

Tsa'labah bin Hathib adalah seorang shahabat yang ikut dalam perang Badar sebagaimana disebutkan oleh 

Ibnu Hibban dalam kitab Ats-Tsiqaat 3:36.
Ibnu Abdil Barr dalam kitab Ad-Durar. halaman 122.
Ibnu Hazm dalam kitab Al-Muhalla 11:208
Ibnu Hajar Al-Asqalany dalam kitab Al-Ishaabah fil Tamyiizis Shahaabah I:198


Dalam buku At-Tasfiyah wat Tarbiyah wa Atsarihima Fisti'nafil Hayat Al-Islamiyyah (hal. 28-29) oleh Ali Hasan Ali Abdul Hamid Al-Halabi Al-Atsary disebutkan
pembelaan terhadap shahabat Tsa'labah bin Hathib, ia berkata : "Tsa'labah bin Hathib adalah shahabat yang ikut (hadir) dalam perang Badr".
Sedangkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda tentang ahli Badar.

"Artinya : Tidak akan masuk Neraka seseorang yang ikut serta dalam perang Badar dan perjanjian Hudaibiyah".
(Hadits Riwayat Ahmad 3:396).


SIKAP KITA
Sesudah kita mengetahui kelemahan riwayat ini maka tidak halal bagi kita membawakan riwayat Tsa'labah bin Hathib untuk contoh kebakhilan, karena bila kita
bawakan riwayat itu berarti :

Kita berdusta atas nama Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.
Kita menuduh shahabat ahli Surga dengan tuduhan yang jelek.
Kita berdusta kepada orang yang kita sampaikan cerita tersebut kepadanya.
Ingat, kita tidak boleh sekali-kali mencela, memaki atau menuduh dengan tuduhan yang jelek kepada para shahabat Rasululluh shallallahu 'alaihi wa sallam.
Beliau bersabda :

"Artinya : Barangsiapa mencela shahabatku, maka ia mendapat laknat dari Allah, malaikat dan seluruh manusia".

(Hadits Riwayat Thabrani).

Pedoman



Bismillah..hari ini ana nak share salah satu lagu favourite..
fahami dan hayati liriknya..jom layan (^_^)

Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu... Lantas kutadah, berdoa

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Cahaya rahmatMu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Oooooooooooo......

Biar pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan ...


KNOWS YOUR HEROES (2)

Assalamualaikum.. 
selamat sejahtera dan salam mahabbah ana ucapkan kepada semua..apa khabar semua??  Subhanallah,alhamdulillah,,Allahuakbar..segala puji untuk Allah s.w.t yang sentiasa memberi limpah rahmat dan keruniaNya..Semoga kia sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah dan ditetapkan hati di jalanNya..

Aliran air sentiasa mengalir, dari atas ke bawah..hukum sunatullah, mengikut graviti..Tadahlah ilmu dengan hati yang rendah diri..insyaAllah semakin banyak ilmu yang bakal kita perolehi..Ilmu Allah itu meliputi segalanya.. ~ustaz Pahrol Joui~


Hari ini ana ingin share sedikit sebanyak input yang dapat dalam HEROES siri kedua iaitu berkenaan nabi Ibrahim a.s yang disampaikan oleh Saudara Abdullah Hakeem from Australia..Amazing dan hebat coz Saudara Abdullah Hakeem baru berusia 24 tahun,namun mampu memberikan speech yang sangat memberi pengajaran dan ilmu baru.

SIAPAKAH NABI IBRAHIM ???


Nabi Ibrahim adalah putera Aaazar (Tarih) bin Tahur bin Saruj bin Rau' bin Falij bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh A.S. Ia dilahirkan di sebuah tempat bernama "Faddam A'ram" dalam kerajaan "Babylon" yang pd waktu itu diperintah oleh seorang raja bernama "Namrud bin Kan'aan. Ayahnya seorang yang dengan asyik menyembah batu batu patung, bahkan orang yang membuat patung patung itu dan menjualnya untuk disembah manusia yang membelinya. Nabi Ibrahim juga termasuk salah satu nabi ulul azmi di antara lima nabi di mana Allah SWT mengambil dari mereka satu perjanjian yang berat. Kelima nabi itu adalah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, dan Nabi Muhammad saw—sesuai dengan urutan diutusnya mereka. Ibrahim adalah seorang nabi yang diuji oleh Allah SWT dengan ujian yang jelas. Yaitu ujian di atas kemampuan manusia biasa. Meskipun menghadapi ujian dan tantangan yang berat, Nabi Ibrahim tetap menunjukkan sebagai seorang hamba yang menepati janjinya dan selalu menunjukan sikap terpuji.

ANTARA POINT PENTING 

1) Submission to Allah
2) Relaince to Allah
3) Advacing anything thruth
4)Humility
5) Honour is only acquired through submission to Allah.




Alhamdulillah..about 600 hadirin yang datang


coming soon..insyaAllah ;)

Sunday, March 10, 2013

KNOWS YOUR HEROES (1)



Alhamdulillah..segala puji bagi Allah kerana diberi peluang dan ruang untuk menimba ilmu dan seterusnya mejadi hamba dan khalifah Allah..hari ini ana nak share tentang program yang diadakan julung-julung kalinya di Universiti Malaya iaitu HEROES GIANTS OF HUMANITY. Program ini diadakan sebanyak 5 siri yang dianjurkan oleh International student UM dgn kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)..alhamdulillah talk ini sangat memberi manfaat dan input kpd orang yang mendengarnya..

Untuk talk pertama adalah berkaitan dgn nabi Adam yang disampaikan oleh Syeikh Daud. Antara pengisian yang ana dapat ialah kita hendaklah memberikan yang terbaik kepada Allah cthnya dalam pengajaran cerita Habil dan Qabil.Kisahnya telah pun dikisahkan oleh Imam Ibnu Katsir, iaitu al-Hafidh Quran yang terkenal dan penulis kitab Tafsir Ibnu Katsir.

27. Ceritakanlah kepada mereka kisah dua orang putera Adam(Habil dan Qabil) yang telah berlaku dengan sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima daripada salah seorang dari mereka berdua(Habil) dan tidak diterima daripada yang lain(Qabil). Dia(Qabil) berkata : “Aku pasti membunuhmu!” Habil berkata : “Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa” 28. Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam. 29. Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan(membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan jadi penghuni neraka; dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang yang zalim.  30. Maka hawa nafsu Qabil telah menjadikannya tergamak untuk membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnya, maka jadilah dia termasuk orang yang rugi.31. Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali di bumi untuk menunjukkan kepadanya(Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Qabil berkata : “Aduh celaka aku! Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak ini, lalu dapat menguburkan mayat saudaraku ini?” Maka jadilah dia termasuk orang yang menyesal.  [al-Ma'idah : 27 - 31]

khusyuk mendengar!! seramai 500 lebih hadirin yang hadir pada malam ini.

Dalam kisah ini juga kita boleh lihat bahwa setelah kita melakukan dosa maka hendaklah bersegera bertaubat memohon keampunan kepada Allah s.w.t.. Ayuh, kita muhasabah diri dan sentiasa memohon keampunan Allah.

لا تحزن ان الله معنا


Setiap orang pasti tidak akan terlepasa dari dilanda kesedihan,ketakutan dan kerisauan..Usah takut kerana sememangnya perasaan tersebut adalah fitrah seorang manusia dan anda dikira tidak normal seandainya tidak mempunyai persaan..Ini kerana segala ujian dan dugaan yang diberikan adalah tarbiah daripada Allah untuk menguji keimanan hambaNya..

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…(Surah al-Baqarah : 155)

Namun,seandainya kita dilanda segala macam kesedihan dan sebagainya, maka perkara utama adalah hendaklah anda mengawal perasan tersebut dengan sebaik mungkin. Ingat sahabat  dengan janji Allah..sesungguhnya Allah adalah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, maka dengan sifat-sifat yang terpuji tersebut membuktikan bahawa Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmanNya yang bemaksud :- 

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Surah al-Baqarah : 286)

YAKINLAH ALLAH BERSAMAMU

Wahai manusia, yakinlah dengan sepenuhnya bahawa Allah akan membantumu. Berusahalah dan bertawakallah kepadaNya dengan sepenuh jiwa. Pasti pertolongan Allah itu akan datang kepadamu. Tiada pergantungan yang sehebat-hebatnya melainkan meletakkan sepenuh kebergantungan itu kepada Allah semata-mata.

Firman Allah sw.t. di dalam surah al-Baqarah, ayat 153:
“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat…

Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni mengatakan apabila ketakutan meliputi anda, kesedihan menghimpit anda, dan kerisauan mencekik anda, maka bersegeralah anda mendirikan solat, nescaya jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang.

Sesungguhnya solat itu – dengan izin Allah – boleh menjaga anda dengan menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit anda selama ini.

Ketika Rasulullah s.a.w. dirundung masalah, baginda bersabda kepada Bilal bin Rabah r.a.:
“Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat.” (al-Hadith)

Begitulah, solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber kebahagiaan bagi Rasulullah s.a.w.


Ya Allah..Kepadamu aku mengadukan kelemahan kekuatanku,
Dan sedikitnya kemampuanku, 
Serta kehinaanku dihadapan manusia. 
Wahai Sebaik-baik pemberi kasih sayang, 
Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku. 
Kepada siapakah Engkau serahkan diriku, 
Kepada orang yang jauh yang menggangguku, 
Atau kepada musuh yang akan menguasai urusanku, 
Asalkan Engkau tidak marah padaku maka tiadalah keberatan bagiku, 
Akan tetapi kemurahan-Mu jauh lebih luas bagiku. 
Aku berlindung dengan Cahaya Wajahmu yang akan menerangi seluruh kegelapan, 
Dan yang akan memberikan kebaikan segala urusan dunia dan akhirat, 
Untuk melepaskan aku dari Marah-Mu, 
Atau menghilangkan Murka-Mu dariku. 
Hanya pada-Mu aku merintih berharap mendapatkan keredhaan-Mu, 
Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Mu.

Doa ini dibaca oleh Rasulullah SAW pada saat mengalami penolakan dan gangguan orang-orang Thaif. Ketika itu baginda baru saja ditimpa kesedihan wafatnya isteri dan bapa saudara tercinta baginda. Baginda berjalan kaki menuju Thaif sekitar 70km dari Makkah dengan harapan mendapatkan sokongan dan dukungan penduduk Thaif, ternyata beliau mendapatkan kebalikan dari yang diharapkan. Bahkan baginda terluka oleh gangguan orang-orang Thaif yang melempari batu pada baginda. Di bawah pohon, di sebuah kebun, Rasulullah merintih pada Allah sambil membersihkan luka-luka.



CINTA DI RUMAH HASSAN AL-BANNA


Alhamdulillah..selesai membaca buku 'CINTA DI RUMAH HASSAN AL-BANNA'..buku yang sangat menyentuh hati dan terdidik untuk menjadi ibu bapa seperti beliau..walaupun seorang daie yang sibuk untuk membantu dan menyembuhkan umat, namun beliau juga adalah seorang ketua keluarga yang sangat prihatin dan disayangi ahli keluarganya.

Antara point penting dalam buku ini ialah :- 

Mari kita lihat terlebih dahulu komposisi keluarga Imam al-Banna, Beliau dikurniakan enam orang anak, terdiri daripada seorang lelaki dan lima orang anak perempuan, mereka ialah:

a. Wafa, anak perempuan sulung merupakan isteri kepada seorang da’ie terkenal iaitu Sa’id Ramadhan rahimahullah. Ketika al-Banna meninggal dunia, dia sudah berusia 17 tahun.


b. Ahmad Saiful Islam: Seorang peguam sekaligus Setiausaha Agung Majlis Peguam Mesir dan bekas ahli parlimen Mesir. Lahir pada 22 November 1934. Berjaya memperolehi gelaran Sarjana di bidang HAM tahun 1956 dan Dar al-Ulum 1957. Usianya baru 14 tahun 2 bulan ketika al-Banna meninggal dunia.


c. Dr. Thana’: Pensyarah Urusan Pengaturan Rumah Tangga. Dia baru berusia 11 tahun ketika ayahandanya meninggal dunia.


d. Ir. Raja’: Ketika al-Banna meninggal, usianya sekitar lima setengah tahun.


e. Dr. Halah: Pensyarah kedoktoran di Univ. Al-Azhar.


f. Dr. Istisyhad: Pensyarah ekonomi Islam. Dia masih dalam kandungan ibunya ketika al-Banna menghembuskan nafas terakhir. Jika diimbas semula, mengikut analisis doktor, dia harus digugurkan dari kandungan lantaran penyakit yang ditanggung serta bahaya kehamilan yang mengancam nyawa si sibu. Para pengamal perubatan menetapkan pada 12 pebruari bertepatan dengan hari kematian al-Banna. Tetapi Allah SWT berkehendak sesuatu yang lain, Istisyhad lahir dengan sihat, kerana rangkaian peristiwa itulah beliau dinamakan Istisyhad.


DIDIKAN KEPADA ANAK-ANAK


1) Makan bersama yang menjadi keutamaan. Perkara ini walaupun nampak remeh, tapi sebenarnya satu slot penting dalam kehidupan harian berkeluarga. Dalam kesibukan, beliau tetap meletakkan keutamaan untuk makan bersama anak-anak.


2) Tidak menggunakan nada suara yang keras di rumah. Anak-anak menjadi patuh terhadap perintah dan bukan takut.


3) Beliau sentiasa memerhatikan perkembangan anak-anak beliau di mana setiap anak fail masing-masing. Di situlah beliau meletakkan semua rekod kesihatan, pelajaran dan apa jua perkara penting yang berkaitan semua anak-anaknya.


Di antara perkara yang diingat oleh Saiful Islam, carta itu mengandungi antara lain:

a.   Tarikh dan sejarah kelahiran.
b.   Nombor kelahiran.
c.   Jadual pemberian ubat dan makanan.
d.   Surat keterangan doktor.
e.   Keterangan atau catatan mengenai keadaan penyakit secara terperinci.
f.   Ijazah anak-anak.
g.   Catatan prestasi anak-anak.
h.   Lain-lain

Setiap anak-anak al-Banna disediakan catatan masing-masing, di dalam carta itu Imam al-Banna menulis sendiri keterangan terperinci sejarah dan tarikh kelahiran, nombor kelahiran, pola pengaturan makanan bagi si kecil dan seterusnya. Al-Banna juga mengumpul semua surat keterangan ataupun resit doktor yang merawat ana-anaknya, keterangan terperinci yang diberikan lengkap dengan tarikh ianya dicatatkan. Setiap laporan itu disertakan dengan catatan kecil mengenai keadaan si anak. Isinya keterangan mengenai berapa lama si anak mengambil ubat? Berapa dos ubat yang perlu diambil? Apakah semua ubat yang diberikan oleh doktor sudah diminum semuanya?

Dalam carta itu juga tersimpan rapi semua ijazah dan laporan anak-anaknya. “Ayah meletakkan di bahagian paling utama, dengan beberapa catatan yang ditulis sendiri. Misalnya tulisan ayah mengenai laporan dan ijazah Saiful Islam ditulisnya, ‘Saif perlu peningkatan dalam hal itu dan ini...’ Wafa’ perlu dibantu dalam mata pelajaran ini...” ujar Thana’. 


4) Membawa bekal makanan ke sekolah. Beliau membawa sendiri makanan untuk diberikan kepada anak-anak di sekolah.


5) Beliau juga sentiasa memastikan bekalan makanan yang mencukupi untuk keluarga. Beliau mempunyai catatan keperluan bulanan rumah kerana beliau tahu isterinya sibuk menguruskan rumahtangga.


6) Anak-anak patuh tanpa perlu diperintah. Ini kerana cinta tulus yang diberikan oleh Hassan Al-Banna kepada anak-anak dengan memberikan nasihat secara berhikmah dan menunjukkan contoh yang baik.


7) Beliau memperuntukkan 3 jenis wang saku untuk anak-anak iaitu, harian, mingguan dan bulanan. Ini dilakukan supaya keperluan kewangan anak-anak mencukupi. Dengan cara ini, kita mengajar anak-anak untuk menabung tanpa perlu memintanya kembali dari anak-anak.


8) Beliau menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak. Contohnya dalam hal bersedekah, beliau sering memberikan duit kepada anaknya dan menyuruh anaknya memasukkan dutit tersebut di dalam tabung masjid. Secara tidak langsung, anak-anak terdidik untuk rajin bersedekah.



“Aku ingin menyampaikan dakwah ini sampai kepada janin di perut ibunya.”
 -Hasan Al-Banna-
Ok, setakat ini dahulu perkongsian tentang buku ini. Moga memberi manfaat buat kita. Andai masih belum berkeluarga, amalkan dalam kehidupan harian, moga bila tiba masanya, kita tahu cara didikan anak yang sesuai mengikut syariat.














AKU HAMBA YANG BERLUMURAN DOSA

Untaian syair : Jamaluddin Yahyaa bin Yuusuf Ash-Shorshori Al-Hambali rahimahullah

Syair ini telah dinukil oleh Ibnu Muflih Al-Maqdisi Al-Hanbali rahimahullah (wafat tahun 763 H) di penghujung kitabnya yang sangat masyhuur Al-Aadaab As-Syar'iyah 3/562-563.

Aku adalah hamba yang telah bergelumang dosa
Angan-angan telah menghalanginya untuk bertaubat

Aku adalah hamba yang sangat bersedih
Atas kesalahan dan ketergelinciran, gelisah dan cemas

Aku adalah hamba yang lembaran-lembaran catatan amal…
telah mencatat dosa-dosanya akan tetapi ia tetap tidak takut kepada Allah yang Maha Mengawasi 

Aku adalah hamba yang bersalah…aku telah bermaksiat tatkala bersendirian 
Lantas kenapa hingga saat ini aku belum menampakkan ratapanku..??

Aku adalah hamba yang lalai, telah sia-sia usiaku…
Aku tidak memperhatikan masa muda dan masa tuaku

Aku adalah hamba yang tenggelam dalam ombak lautan
Aku berteriak…semoga aku menemukan penjawab seruanku

Aku adalah hamba yang sakit menderita karena dosa-dosa…
Aku telah datang mencari tabib...sungguh Aku adalah hamba yang tersesat, aku telah menzolimi diriku…

Sungguh aku telah kembali berada di pintuMu bertaubat
Aku adalah orang yang terpuruk mengharapkan ampunanMu
Siapa yang mengharapkan redhaMu maka ia tidak akan kecewa

Sungguh aku menyesal dengan usiaku yang telah lewat
Aku tidak mengisinya kecuali dengan dosa-dosa

Aku takut kematian mendahuluiku (sebelum bertaubat)
Orang yang berakal akan terperanjat kebingungan menghadapi dahsyat serangannya

Sungguh sangat menyedihkan jika aku dibangkitkan dan dikumpulkan
Pada hari (kiamat)…hari yang menjadikan anak-anak beruban

Langit terbelah dan tergoncang…
Jadilah gunung-gunung berterbangan…

Tatkala aku dibangkitkan dalam keadaan bingung penuh dahaga…
Menundukkan pandangan…telanjang…tidak membawa apapun

Sungguh memalukan akibat buruknya perbuatanku…
Tatkala lembaran-lembaran catatan amal mengumbar aib-aibku

Kondisi yang sangat menghinakan…serta perhitungan yang adil
Aku pun mengetahui hisab diriku tatkala itu

Sungguh berhati-hatilah dengan neraka yang menyala-nyala
Tatkala terdengar suara teriakan siksaan dan hati-hati pun bergejolak
Hampir-hampir saja neraka menampakkan kemurkaannya
Kepada orang yang zolim dan ragu (*akan hari akhirat)


Wahai yang terus melangkahkan kakinya untuk melakukan dosa…
Kapankah engkau akan bertaubat??

Hendaknya engkau berhenti dari dosa-dosamu dan bertaubatlah…
Bersungguh-sungguhlah, kita melihat setiap yang bersungguh-sungguh mendapat kebenaran

Bersaudaralah dan bersahabatlah dengan orang-orang sholeh
Jadilah engkau di dunia ini seperti orang yang asing

Jadilah engkau pengecut lari dari segala perbuatan keji
Dan jadilah engkau orang yang bersegera maju dan hebat dalam kebajikan

Pandangilah perhiasan dunia dengan kebencian
Niscaya engkau akan menjadi hamba Allah yang dicintai

Barang siapa yang mencoba perhiasan dunia…
Maka ia akan mendapatinya sangat memikat akan tetapi sangat menipu

Hendaknya engkau menundukkan lirikanmu dari perkara yang haram
Godaan yang memfitnah lelaki yang cerdas

Sungguh lirikan mata yang berkhianat ibarat singa hutan
Kapan saja engkau lalai maka ia akan benar-benar menerkam

Siapa yang menundukkan pandangannya darinya
Maka ia akan mendapatkan keharuman dalam hatinya


Janganlah engkau melepas lisanmu untuk mengucapkan…
perkataan yang menjerumuskan engkau pada kedengkian dan dosa

Hendaknya lisanmu senantiasa basah untuk berzikir kepada Allah
Solatlah tatkala di larut malam
Dan janganlah engkau bosan akan tetapi semangatlah

Engkau akan mendapati sholat malammu sebagai penghiburmu
Tatkala engkau dimasukkan kuburan dan berpisah dengan kerabat dan keluarga

Berpuasalah semampumu, engkau akan mendapatinya sebagai penghilang dahagamu tatkala engkau dibangkitkan dalam keadaan kehausan dan kelaparan
Bersedekahlah engkau baik nampak maupun diam-diam
Janganlah pelit, akan tetapi dermawanlah dan seringlah memberi

Niscaya engkau akan mendapat kebajikan yang kau lakukan…
Sebagai naungan bagimu di hari seluruh manusia dalam keadaan genting penuh kesulitan

Jadilah engkau orang yang berperangai baik lagi pemalu…
Penebar senyum dan bukan pemarah lagi berperangai buruk