Sunday, March 10, 2013

لا تحزن ان الله معنا


Setiap orang pasti tidak akan terlepasa dari dilanda kesedihan,ketakutan dan kerisauan..Usah takut kerana sememangnya perasaan tersebut adalah fitrah seorang manusia dan anda dikira tidak normal seandainya tidak mempunyai persaan..Ini kerana segala ujian dan dugaan yang diberikan adalah tarbiah daripada Allah untuk menguji keimanan hambaNya..

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…(Surah al-Baqarah : 155)

Namun,seandainya kita dilanda segala macam kesedihan dan sebagainya, maka perkara utama adalah hendaklah anda mengawal perasan tersebut dengan sebaik mungkin. Ingat sahabat  dengan janji Allah..sesungguhnya Allah adalah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, maka dengan sifat-sifat yang terpuji tersebut membuktikan bahawa Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmanNya yang bemaksud :- 

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Surah al-Baqarah : 286)

YAKINLAH ALLAH BERSAMAMU

Wahai manusia, yakinlah dengan sepenuhnya bahawa Allah akan membantumu. Berusahalah dan bertawakallah kepadaNya dengan sepenuh jiwa. Pasti pertolongan Allah itu akan datang kepadamu. Tiada pergantungan yang sehebat-hebatnya melainkan meletakkan sepenuh kebergantungan itu kepada Allah semata-mata.

Firman Allah sw.t. di dalam surah al-Baqarah, ayat 153:
“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat…

Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni mengatakan apabila ketakutan meliputi anda, kesedihan menghimpit anda, dan kerisauan mencekik anda, maka bersegeralah anda mendirikan solat, nescaya jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang.

Sesungguhnya solat itu – dengan izin Allah – boleh menjaga anda dengan menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit anda selama ini.

Ketika Rasulullah s.a.w. dirundung masalah, baginda bersabda kepada Bilal bin Rabah r.a.:
“Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat.” (al-Hadith)

Begitulah, solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber kebahagiaan bagi Rasulullah s.a.w.


Ya Allah..Kepadamu aku mengadukan kelemahan kekuatanku,
Dan sedikitnya kemampuanku, 
Serta kehinaanku dihadapan manusia. 
Wahai Sebaik-baik pemberi kasih sayang, 
Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku. 
Kepada siapakah Engkau serahkan diriku, 
Kepada orang yang jauh yang menggangguku, 
Atau kepada musuh yang akan menguasai urusanku, 
Asalkan Engkau tidak marah padaku maka tiadalah keberatan bagiku, 
Akan tetapi kemurahan-Mu jauh lebih luas bagiku. 
Aku berlindung dengan Cahaya Wajahmu yang akan menerangi seluruh kegelapan, 
Dan yang akan memberikan kebaikan segala urusan dunia dan akhirat, 
Untuk melepaskan aku dari Marah-Mu, 
Atau menghilangkan Murka-Mu dariku. 
Hanya pada-Mu aku merintih berharap mendapatkan keredhaan-Mu, 
Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Mu.

Doa ini dibaca oleh Rasulullah SAW pada saat mengalami penolakan dan gangguan orang-orang Thaif. Ketika itu baginda baru saja ditimpa kesedihan wafatnya isteri dan bapa saudara tercinta baginda. Baginda berjalan kaki menuju Thaif sekitar 70km dari Makkah dengan harapan mendapatkan sokongan dan dukungan penduduk Thaif, ternyata beliau mendapatkan kebalikan dari yang diharapkan. Bahkan baginda terluka oleh gangguan orang-orang Thaif yang melempari batu pada baginda. Di bawah pohon, di sebuah kebun, Rasulullah merintih pada Allah sambil membersihkan luka-luka.



No comments:

Post a Comment