Tuesday, July 16, 2013

Penawar Bagi Hati

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..
setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih memberi peluang dan dipanjangkan umur untuk menyambut bulan Ramadhan..rasa bersalah di hati kerana sudah lama tidak berkongsi ilmu dan nasihat sesama kita dengan wasilah pena..Allahurabbi.semoga diberi kesempatan utk menyampaikan ilmu..teringat nasihat Habib Ali Jufitri tentang kepentingan berdakwah..sangat meruntun hati kerana walaupun kita sudah diberi peluang medium media untuk menyamapikan dakwah,namun masih culas..


ok..hari ini ingin berkongsi tentnag Kitab Penawar bagi Hati tulisan al-Syeikh abdul Kadir bin Abdul Mutallib al-Indonesi al-Mandili. Sebelum itu,mari kita berkenalan secara ringkas ulama ini.Nama penuh ulama ini ialah Abdul Qadir bin Abdul Mutollib bin Hassan. Beliau dilahirkan pada tahun 1910 Masehi di Sigalangang, Tapanuli Selatan sebuah wilayah yang terletak di bahagian Sumatera Utara dalam Pulau Sumatera. Latar belakang keluarganya adalah dalam bidang asas tani. Syeikh Abdul Qadir telah mendapat pengiktirafan tokoh-tokoh ulama di Makkah sehingga beliau diberi izin untuk mengajar di kota suci itu. Disebabkan itulah beliau telah digelar oleh seorang tokoh ulama Kedah iaitu Tuan Guru Haji Husein Che Dol sebagai “al-Alim al-Fadhil wa al-Abdi al-Kamil As-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutollib Al-Mandili al-Indonesi” yang menggambarkan tingginya tahap keilmuan beliau. Syeikh Abdul Qadir tidak ketinggalan menghasilkan karya dimana ada di antara kitab-kitab yang ditulisnya itu masih lagi digunakan sebagai teks pengajian di pondok dan di masjid. Tulisan beliau meliputi pelbagai bidang seperti usuluddin, tasawwuf, fiqh, politik, pendidikan dan perundangan. Diriwayatkan sewaktu berada di Makkah, beliau telah menghasilkan 24 buah kitab dalam bahasa Melayu dan Arab, antara hasil penulisannya ialah Penawar bagi hati.

Apa itu ilmu tasawuf??

Ilmu tasawuf bermaksud segala kelakuan hati baik kelakuan yang terpuji seperti merendah diri, sabar dan kelakuan yang tercela seperti dengki dan membesar diri..atau maksud lain membersihkan segala anggota yang zahir iaitu mata, telinga, lidah, perut, faraj, kedua tangan dan kedua kaki daripada segala perbuatan yang keji, sehingga sampai tahap ia mampu membersihkan hati daripada segala sifat yang tercela..Dalam surah Yasin ayat ke 65, Allah telah mengingatkan kita bahawa pada hari kiamat kelak mulut kita akan terkunci dan hanya anggota badan yang akan menjadi saksi atas segala kelakuan kita di dunia..

Maksudnya : Pada hari itu Kami (Allah) kunci mulut mereka dan yang bercakap dengan Kami (Allah) ialah tangan mereka dan yang menjadi saksi ialah kaki mereka terhadap apa sahaja yang mereka usahakan. (36:65)

Banyak faedah yang kita dapat kalau kita dapat menguasai ilmu tasawuf. Antaranya ialah kita dapat mengosongkan hati daripada segala perkara yang selain daripada Allah. Hati kita hanya ada Allah dan segala yang dilkaukan adalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah..

okey, cukup untuk pda hari ini..insyaAllah saya akan menyambung perkongsian ilmu berkaitan dengan mata dan anggota zahir yang lain yang perlu kita pelihara agar hati kita juga terpelihara.

wassalam.

No comments:

Post a Comment