Thursday, July 18, 2013

Halaqoh Subuh

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah,menghidupkan pagi dengan budaya ilmu HALAQOH SUBUH RS with my housemate yang menggantikan kelas talaqi hari ini..setiap orang dikehendaki menyampaikan tazkirah yang bertemakan 'rambut sama hitam hati lain-lain' atau 'melepaskan batuk di tangga' ..alhamdulillah banyak input n ilmu yang dapat..antaranya :-

* peringkat ukhuwah :
1) taaruf - berkenal-kenalan 2) memahami 3) pay attention 4) taawun - tlg menolong & mengajak ke arah kebaikan 5) tanasyur - mendorong dan bersungguh-sungguh mengajak ke arah kebaikan 6) ithar 


* dua kunci utk sentiasa husnul zhon adalah :- 1) percaya 2) kasih sayang


* bersyukurlah dengan ujian yang Allah berikan kerana kdg2 dgn ujian yang lebih mendekatkan diri kpd Allah


* sentiasa bermuhasabah diri menjadi orang y lebih baik


* orang yang mengamalkan agama dalam kehidupan pasti mempunyai akhlak yang baik.


* kita selalu dream utk menjadi mujahidah, tp bagaimanakh persediaan ke arah itu??


* ada beza orang yang melakukan kerja Islam dengan gerakan Islam. yang paling utama kita hendaklah mengikut manhaj Nabi Muhammad s.a.w.


* kita nampak baik sbb Allah tutup keaiban. so kalo kita ditakdirkan ditemukan dan berkawan dgn orang yang pelbagai kerenah, maka sebenarnya salah satu wasilah Allah utk memperbaiki akhlak kita.so bersabarlah,ikhlas dan redha dalam setiap persahabatan. 


* al-baqarah : 284 yang bermaksud segala y ada di langit dan ada di bumi adalah kepunyaan Allah. dan jika kamu melahirkan apa yang ada dlm hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akn menghitung dan menyatakannya kpd kamu.Kemudian ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya. dan ingatlah Allah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


 

No comments:

Post a Comment