Thursday, July 18, 2013

Makanan Sunnah..

Bismillahirahmannirrahim..
Alhamdulillah...malam tadi saya dan beberapa sahabat PMIUM berkesempatan berbuka puasa bersama-sama pasangan suami isteri senior yang saya kagumi, kak Umi dan Ust Zul Amirul. Mereka adalah pasangan bahagia yang selalu mengingatkan adik-adik junior dan masyarakat ke arah kebaikan..semoga diriku ini juga memiliki Baitul Muslim seperti itu,sentiasa memberi manfaat kpd orang lain. ;)

Sebenarnya bukan itu main point yang ingin saya story kan..hihi..Alhamdulillah after solat terawikh berjemaah, kami buat perkongsian ilmu sedikit@usrah..tajuk yang menarik : pemakanan sunnah..1st thing yang ustaz bagi ialah air madu..hm,,sedap gak..then ustaz bercerita tentang kelebihan-kelebihan makanan sunnah.Ustaz nie juga merupakan staf SAHABAT PPUM.so ustaz bagitau kat hospital tue pesakit yang menghidap kanser dan pelbagai jenis penyakit semakin bertambah..kalau ikut logik,semakin maju maka semakin berkurang pesakit tapi berlaku sebaliknya..hal ini salah satu sebabnya adalah tidak menjaga pemakanan dan ustaz gtau pemakanan bukan sahaja boleh effect dari sudut kesihatan malah attitude kita. Ramai orang makan makanan yang halal tapi tidak menyihatkan. Walhal konsep sebenar makanan yang disuruh oleh Allah adalah makanan yang halal dan menyihatkan sebagaimana dalam ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah : 168 yang bermaksud :-

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Bagaimana makanan boleh effect attitude??makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita,so sebab itu perlu untuk kita menjaga sumber makanan itu agar sentiasa dari sumber yang halal dan baik..dan kita juga perlu sentiasa beringat supaya makan ikut keperluan bukan ikut kemahuan kerana kemahuan yang tinggi mengikut hawa nafsu boleh mendatangkan kemudaratan.

Antara makanan sunnah yang ustaz tunjuk kepada kami ialah air zamzam,buah zaitun,minyak zaitun,habbatul sauda', madu dan cuka madu.Ustaz nasihatkan supaya cuba amalkan makanan sunnah sbb bukan sahaja dapat pahala malah insyaAllah kesihatan pun terjamin.dan ustaz juga pesan kalau boleh kita bacakan/perdengarkan ayat2 al-Quran dalam tong air untuk kita memasak dan minum sbb air bacaan Quran banyak manfaatnya.

Nie nak share kelebihan makan buah zaitun,diambil dari tulisan Ustaz zul amirul. semoga bermanfaat (^_^)

Makanan Dalam Al-Quran & Hadith y Berfugsi sebagai Ubat :

Zaitun

Firman Allah s.w.t:

" Dan pokok kayu ke luar dari Thursina(pokok zaitun) yang menghasilkan minyak, dan pemakan makanan bagi orang-orang yang makan''.(Al-Mukminum:20)

Dari Abu Hurairah r.a, Baginda s.a.w bersabda;

" Makanlah zaitun, dan jadikanlah ia sebagai sapuan, kerana sesungguhnya ia termasuk pokok yang diberkati''..(HR Tirmizi dan Ibnu Majah)

Manfaat minyak Zaitun ditinjau dari Imu Kedoktoran:

1. Minyak zaitun boleh menyembuhkan penyakit kuning, memcahkan batu ginjal dan menyembuhkan penyakit kencing manis.

2.Dianjurkan minum 2 sudu pada waktu pagi dan sebelum tidur setiap hari sebagai amalan.

3. Minyak zaitun dapat memelihara kecantikan kulit da menghilangkan kerutan di wajah dan leher

* Caranya; Campurkan 1/2 sudu minyak zaitun,kuning telur dan beberapa titis air limau kasturi dan kemudian lumurkan pada wajah dan leher. Setelah seketika bilas dengan air suam.

4. Minyak zaitun boleh digunakan utk mengubati rambut yang gugur

5. Buah zaitun boleh menguatkan perut dan menyembuhkan penyakit hati.


okey,itu sahaja..wassalam.selamat beramal. (^_^)

1 comment:

  1. Alhamdulillah Najihah, seronok berkunjung ke blog anda kerana sentiasa ada santapan ilmu. Thank you for sharing. May Allah bless you for all your sharing and may Allah guide us always in our lives.

    ReplyDelete